Friday, July 31, 2009

Kebajikan Mahasiswa/i Sekolah Sains dan Teknologi (SST)

Kebelakangan ini , saya dan mpp sst yang lain telah menghantar kertas cadangan Kebajikan Mahasiswa/i SST kepada pihak pentadbir SST. Kertas kerja cadangan ini dibuat bertujuan untuk mencadangkan idea-idea kepada pihak pentadbir SST dalam memperbaiki fasiliti SST dan kebajikan mahasiswa/i SST. Sangat berterima kasih kepada pihak pentadbir SST terutamanya dekan SST dan juga timbalan dekan HEP SST sudi mendengar cadangan-cadangan yang kami bawa ini. Pendekatan antara pentadbir dengan mahasiswa/i amatlah diperlukan kerana melalui pendekatan ini dapatlah tahu keperluan dan keinginan pihak mahasiswa/i. Selepas saya berjumpa dan berbincang beberapa kali dengan pihak pentadbir SST tentang kertas cadangan ini, diskusi yang efektif dilahirkan dengan penerimaan pihak pentadbir SST dan mengambil inisiatif dalam melaksanakannya. Walaupun bukan semua cadangan diterima, tetapi ia sudah membawa kebaikan kepada mahasiswa/i SST. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut :

Cadangan 1

Bilik/ruangan bacaan SST

Cadangan :

Bilik/ruangan bacaan SST ini dicadangkan melengkapi penghawa dingin , keterangan cahaya lampu yang sesuai dengan suasana membaca. Suratkhabar , magazine sains , journal-journal dan bahan bacaan lain dicadangkan ada dalam bilik bacaan ini. Televisyen disediakan dengan rancangan TV yang membina terhadap pelajar . (contohnya, siaran perundangan parlimen , siaran berita dalam 3 bahasa utama , National Geography dan lain )

Tujuan :

1. Mahasiswa/i SST memerlukan satu bilik yang selesa supaya dapat menjalankan ulang kaji dan perbincangan dalam kumpulan .
2. Mahasiswa/i boleh menggunakan masa dalam membaca buku sempena menunggu kuliah yang datang
3. Peka terhadap terhadap isu semasa adalah sangat penting bagi mahasiswa/i SST , suratkhabar dan siaran rancangan TV boleh menjadi saluran ilmu semasa yang penting
4. Pelajar akan mendapat rujukan thesis dari segi jurnal dan majalah sains yang sedia ada

Cadangan 2

Kelengkapan foyer SST perlu dipertingkatkan

Cadangan :

Foyer SST perlu dipertingkatkan dari beberapa segi , iaitu keterangan cahaya lampu yang lebih cerah terutamanya di aras bawah SST . Penambahan meja dan kerusi di foyer memandangkan meja yang hanya berjumlah lebih kurang 15 buah di ketiga-tiga aras adalah tidak cukup untuk menampungi bilangan mahasiswa/i SST yang berjumlah lebih daripada 3000 orang .

Tujuan

1. Penerimaan aduan daripda mahasiswa/i SST tentang keadaan yang agak gelap dan tidak sesuai untuk membaca bahan bacaan.
2. Mahasiswa/i susah nak mencari tempat yang sesuai untuk membincangkan assignment kumpulan .


Cadangan 3

Pemasangan penghawa dingin di foyer SST

Cadangan :

Menjadikan foyer SST sebagai ruangan tertutup untuk tujuan pemasangan penghawa dingin di foyer SST. Koridor di setiap aras dicadangkan untuk ditutup dengan pintu .

Tujuan :

1. Walaupun ini merupakan projek yang besar dan memerlukan badget yang tinggi , tetapi pemasangan penghawa dingin ini amat diperlukan . Keadaan foyer yang agak panas semasa cuaca panas, akan menyebabkan pelajar susah untuk member perhatian semasa menjalankan ulang kaji di foyer.
2. Pelajar akan lebih suka kekal di SST daripada terus balik bilik selepas tamat kuliah , dan ini akan menjana suasana kekeluargaan SST .


Cadangan 4

Penambahbaikan Kafeteria SST

Cadangan:

Kafetaria di ruangan bawah bangunan SST merupakan tempat tumpuan mahasiswa samaada sebagai tempat menjamu selera dan juga sebagai ruangan santai selepas selesai kelas. Suasana di sekitar kafetaria seharusnya dijadikan kawasan yang lebih ceria dan selesa. Makanan-makanan yang disediakan juga haruslah dipelbagaikan. Pelbagai aduan diterima berkenaan kafetaria SST yang sedia ada dan perkara yang selalunya menjadi perhatian adalah mengenai soal harga yang mahal dan juga jenis makanan yang sangat sedikit.

Tujuan:

1. Memberikan banyak pilihan makanan kepada pelajar.
2. Menyediakan suasana dan ruang yang lebih kondusif dan selesa.
3. Mengurangkan beban belanja pelajar dengan harga makanan yang lebih murah daripada yang sedia ada.


Cadangan 5

Bumbung di Kawasan Parkir Motosikal

Bumbung seharusnya disediakan di kawasan parkir motosikal.

Tujuan:

1. Kawasan bumbung dapat dijadikan tempat teduhan sekiranya cuaca kurang baik ketika waktu hujan juga semasa cuaca terik.
2. Ketiadaan bumbung boleh menyebabkan kondisi motosikal kurang memuaskan contohnya motosikal akan cepat rosak dan juga helmet akan basah sekiranya hujan.


Cadangan 6

Pertukaran setiap penapis ‘water refilter’ dengan yang baru sekali setahun

Cadangan :

Penapis ‘water refilter’ di SST didapati tidak ditukar sejak beberapa tahun lalu . Penapis ini adalah sangat penting dari segi fungsinya yang menapiskan kotoran atau bahan logam yang akan memudaratkan kesihatan mahasiswa/I SST . Satu sistem perlu dibuat supaya pertukaran penapis dengan yang baru dapat dijalankan secara konsisten .
Tujuan :

1. Meningkatkan tahap kesihatan mahasiswa/i SST
2. Meningkatkan kesedaran terhadap tekepentingan kesihatan



Cadangan 7

Vending Mesin

Dapatan daripada beberapa perbincangan yang diadakan, pihak kami mencadangkan untuk pihak tuan dapat menyediakan sebuah ‘Vander Mesin’ di bahagian foyer sekolah ini. Vander mesin yang dinyatakan di sini ialah sebuah mesin yang menyediakan pelbagai pilihan minuman ringan, minuman panas dan juga jus buah-buahan.
Seperti yang pihak tuan sedia maklum, para pelajar sekolah ini kerap menggunakan bahagian foyer untuk menjalankan perbincangan dan berehat seketika atau sekurang-kurangnya sebagai tempat untuk berehat seketika sebelum masuk ke dalam kuliah pengjiaan.
Untuk makluman pihak tuan, vander mesin telah menjadi salah satu fasiliti yang disediakan kepada mahasiswa di universiti yang lain.

Tujuan :

Beberapa kelebihan yang akan di perolehi oleh pelajar daripada penyediaan vander mesin adalah:
1. Menjadi tempat untuk mahasiswa mendapatkan minuman ringan dengan segera untuk menghilangkan kehausan.
2. Menjadikan foyer tempat yang kondusif untuk menjalankan sesi perbincangan.